Selamat Hari Ibu Mama :')



Assalammualaikum.
Rindu. Rasanya dah lama tak menatap wajah mama tersenyum.  Aku tahu, walaupun hari-hari dia tersenyum tapi ada sedikit rasa sedih di benak hati memikirkan perangai anak-anak yang tak reti membalas jasa. Lima belas tahun yang lalu, dia disahkan mengandung anak perempuan. Anak sulung yang mungkin akan memberi sinar dalam diri dia dan lelaki yang Berjaya menakluki hatinya.  

Masa berlalu, dia membesarkan aku dengan gigih tanpa berkira. Budi dan jasanya, pernah aku balas dengan perangai celaka. Namun dia tetap tabah menjaga. Walaupun dia pernah menangis kerana anaknya, tapi anaknya itulah yang didoakannya selalu. Masa berlalu pergi, permulaan sekolah anaknya yang sulung itu tidak seindah pelangi. Dia tidak menangis tapi mencuri, entah buku teks agama siapa aku curi time tu aku tak ingat. Tapi yang pasti kata-kata dia mengingatkan aku hingga ke hari ini “ Jangan mencuri, kalau kakak nak buku mama boleh belikan..”

Anak yang dulu Cuma tahu bermain ketika disekolah, kini memasuki alam menengah. Nakal yang dulunya tertanam kian bercambah. Makin lama perangainya makin menjadi-jadi. Keluar rumah tanpa izin. Pukul adik tanpa bicara. Memaki hamun tanpa mengira hati dia terguris dengan kata-kata. Bukankah anak begini sudah layak mendapat sumpah seranah ?

Anak yang dulu rendah, kini bila berdiri disisi ibunya kelihatan lebih tinggi menaiki tangga tingkatan 3. Anak yang dulu bermain anak patung, kini bermain cinta dihadapan ibunya sendiri. Dia tidak menghalang Cuma mengingatkan “ Belajar dulu, baru bercinta” Ya allah, for having this mum . I’m so lucky ! Tiba masa anaknya putus cinta, menangis keseorangan didalam bilik. Bila ibu datang, dia mengesat tangisnya. Menyembunyikan perasaan sedih. Tapi hati ibu tak mudah dibohongi. Dia memujuk aku dengan lembut seolah-olah aku anak kecil yang ingin dipujuk melalui pemberian gula-gula lollipop.

Pernah aku terfikir, apabila dewasa nanti aku ingin menjadi sepertinya. Bangun awal pagi, menyiapkan segala apa yang ada. Mengemas rumah. Memasak dan mengejutkan anaknya yang memang susah untuk bangun. Walaupun ditengking oleh anak sendiri, dia tetap tabah mengharunginya. Layakkah seorang ibu mendapat semua ini ? Walaupun kadang-kadang masakkannya tidak dijamah, dia tidak pernah terasa hati. Bagi aku. Masakan mama sedap walaupun hanya sekadar maggie. Dia juga langsung tidak pernah mengeluh dengan kesusahan yang dia hadapi.

“Mama,  Tiada lagu yang dapat menggambarkan sayang ini pada mama. Tiada kata dapat ditulis demi kasih ini pada mama. Sebab kakak hanya ada satu mama, iaitu mama. Kakak sayang mama.”

Entah bila anaknya ini boleh membalas jasa.  Mungkin besok lusa atau tak untuk selamanya. Bila aku mati, tolong bagitahu mama yang aku selalu sayang dia. Terima kasih mama sebab lahirkan kakak dan mengajar erti kehidupan. Antara berjuta, mama yang teristimewa. Selamat hari ibu mama :’)


DAH BACAKAN ? RINGAN-RINGANKAN TANGAN AWAK LIKE POST NI K SAYANGG